Pelacur Kelas Pertama–Buku Malaysia

Oleh:

Sinopsis :

Shuhada merupakan seorang anak, isteri dan perempuan yang menjadi mangsa dalam setiap keadaan. Setiap mimpi indahnya bertukar gelap dan tidak bercahaya selepas dia dirogol bakal suaminya, Alias. Alias seorang ustaz lepasan Mesir menjadi pilihan ibu bapa Shuhada sedangkan Azam bekas tunang Shuhada ditolak hanya kerana belajar di Malaysia. Kehidupan Shuhada penuh dengan kesakitan. Setelah beberapa kali keguguran Shuhada akhirnya dinasihatkan untuk tidak lagi mengandung. Kesakitan Shuhada bertambah apabila Azam meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak hari itu Shuhada sering berada di dalam alamnya sendiri bersama Azam.

“Jika mimpi itu satu kebahagiaan, apa perlu kau bangunkan aku dari lamunan?”
“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah Tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati?”

Biodata Melati Rahim

Dilahirkan pada 10 May 1992 merupakan anak kelahiran Johor Bahru,mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sains dan Teknologi Pintar (SRISPT). Sek.Keb.Taman Melati, Sek.Men.Keb.Kempas, Sek.Men.Bandar Baru Uda, Sek.Men.Teknik Segamat dan Sek.Men. Teknik Perdagangan di Johor Bahru. Ibu beliau merupakan seorang pesara pegawai kebajikan masyarakat, sejak kecil lagi beliau sudah didedahkan dengan masalah berkaitan pembuangan anak, anak-anak juvana, anak-anak yang didera dari segi fizikal dan mental begitu juga anak-anak istimewa, jadi tidak hairanlah semangat yang mengalir dalam darah ibunya mengalir didalam tubuh badan beliau.

Sewaktu buku PELACUR KELAS PERTAMA ini disiapkan Melati masih menuntut dalam bidang Komunikasi korporat di Universiti Selangor. Kecenderungan untuk menulis buku ini bermula sejak tahun pertama beliau bergelar siswazah iaitu pada tahun 2010. Pengalaman bersama anak-anak di kebajikan masyarakat dan juga pengalaman beliau bekerja di sebuah NGO yang memperjuang hak wanita juga menjadikan beliau bertekad untuk menulis buku ini. Beliau pernah meluahkan segala perasaan dan pengalamannya didalam blog namun dia melihat kaedah tersebut tidak memberi kesan dalam membuka mata masyarakat tentang keadaan sebenar nasib wanita di Malaysia.

Kini beliau banyak melibatkan diri didalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bersama beberapa penubuhan termasuk Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi dibawah kelolaan Ustaz Wanji.

SKU: 9789670584096
Berat0.2 kg
Dimensi1 × 13 × 19 cm
Penerbit

Merpati Jingga

Close